
PIALA FA MALAYSIA 2025-2026 | NEGERI SEMBILAN FC VS SELANGOR FC
08:30pm, Sat 18th Oct 2025

PIALA FA MALAYSIA 2025-2026 | NEGERI SEMBILAN FC VS SELANGOR FC
08:30pm, Sat 18th Oct 2025
Suku akhir pertama antara Negeri Sembilan dan Selangor FC di Stadium STAR of Paroi bakal menjadi pentas penuh emosi dan dendam bola sepak. Dengan rekod stadium yang sering penuh sesak dengan puluhan ribu penyokong setia Hobin Jang Hobin, atmosfera Paroi dijangka bergegar sekali lagi.
Selepas kemenangan dramatik 2-1 “comeback” Negeri Sembilan ke atas Selangor dalam aksi Liga Super tempoh hari, semangat skuad Jang terus membara. Namun kali ini, pertaruhannya lebih besar – tiket ke separuh akhir.
Adakah Selangor FC mampu bangkit membalas dendam dan meredakan kekecewaan penyokong Merah Kuning, atau Negeri Sembilan akan sekali lagi menghentak dengan sorakan keramat “Hobin Jang Hobin” yang tak pernah mengecewakan di Paroi?
Venue Details
STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN PAROI
Tuanku Abdul Rahman Stadium
Seremban, Negeri Sembilan, 70400
