
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2025-2026 I JOHOR DARUL TA'ZIM VS SABAH FC (PENYOKONG JOHOR DARUL TA'ZIM SAHAJA)
This event has already taken place
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2025-2026 I JOHOR DARUL TA'ZIM VS SABAH FC (PENYOKONG JOHOR DARUL TA'ZIM SAHAJA)
Detik kemuncak bola sepak Malaysia kembali! Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) turun sekali lagi ke pentas final untuk mempertahankan kejuaraan, selepas membelasah Selangor FC 6-1 pada edisi 2024-2025.
Dengan satu-satunya kejuaraan Piala FA diraih pada tahun 1995, Sabah kini memburu kebangkitan gemilang, manakala JDT mahu terus mengukuhkan dominasi.
Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi pentas pertemuan sengit antara dua pasukan yang menunjukkan prestasi terbaik mereka. Dengan atmosfera penuh energi dan sokongan luar biasa, perlawanan ini dijangka berlangsung penuh intensiti hingga wisel penamat.
Bersiap sedia untuk malam penuh sejarah! Siapakah bakal menjulang Piala FA musim ini?

Venue Details
Stadium Bukit Jalil
NATIONAL STADIUM BUKIT JALIL
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 57000